Tiga (3) Konsep utama di dalam pelan pembangunan Tanah Kubur ini yang meliputi 80% tapak pengkebumian, 6% tapak kemudahan infrastruktur dan pengurusan, manakala 14% sebagai rangkaian pejalan kaki.
Tapak pengkebumian ini dibahagikan mengikut blok-blok berukuran 120 kaki x 160 kaki yang dipisahkan dengan siar kaki yang dihiasi dengan pokok-pokok renek. Manakala lampu hanya disediakan dijalan utama yang dipremix.
Keindahan landskap pula dari pokok-pokok yang kurang penyelenggaraan, berbau harum, daun berwarna dan rendang seperti cempaka hutan, melor, bunga china, cempaka putih, kemboja, craton dan pokok-pokok lain yang difikirkan sesuai.
Rancangan pembangunan tanah perkuburan Islam ini akan mencerminkan masyarakat Islam yang tertib, maju dan makmur dengan kemudahan dan kelengkapan yang tersusun rapi di samping kebersihan dan pengindahan kawasan kubur yang diawasi sepanjang masa.
HARUM SEKUNTUM MEKAR SEJAMBAK TAMAN RAUDAH BERPAGAR IMAN PERKUBURAN ISLAM KL-KARAK RAUDHATUL SAKINAH JADI IDAMAN