25 April 2014 (Jumaat) – Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak sekali telah menerima lawatan kali ini delegasi daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) seramai lebih kurang 10 orang.
Delegasi telah disambut oleh Pegawai Penyelia Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah sendiri, Ustaz Mohammad Fauzi bin Abu Seman. Lawatan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai pentadbiran dan pengurusan Tanah Perkuburan Islam, Raudhatul Sakinah KL-Karak. Turut bersama-sama menyambut delegasi lawatan ialah Penolong Pegawai Penerangan dari JAWI, Encik Mohd Kassim bin Maarof.
Lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ust Mohammad Fauzi bin Abu Seman, diikuti dengan sesi lawatan ke kawasan tanah perkuburan dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

