Negara Asal: Malaysia

Pengarang: Dato' Haji Ismail bin Yusof

Rujukan: Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Soalan

Ingin mendapatkan fatwa dengan jelas berhubung dengan masalah cara memandikan mayat yang hancur kerana kemalangan kenderaan, umpamanya kepalanya pecah tetapi masih boleh dilekatkan semula, tangan badan dan kaki hancur sama sekali dan tidak boleh dilekatkan semula, daging, tulang dan tali perut hancur berkecai, bercampur aduk dengan najis, darah dan minyak kereta?

Jawapan:

Sekiranya didapati mana-mana satu anggota dan tidak menjadi luruh atau tanggal dengan sebab dimandikan maka wajiblah dimandi dan disembahyangkan. Dan jika ianya menjadi luruh sedangkan anggota-anggota itu adalah sebahagian daripada anggota tayammum maka wajiblah ditayammumkan anggota itu dan disembahyangkan keatasnya.

Pautan Pantas