KEPUTUSAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Cadangan Melaksanakan Pembangunan Di Atas Tanah Kubur Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melaksanakan pembangunan di atas tanah-tanah perkuburan Islam yang telah tidak digunakan untuk mengebumikan mayat adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan yang hendak dilaksanakan tidak bertentangan dengan syariat Islam dan mayat-mayat di Tanah Perkuburan tersebut hendaklah terlebih dahulu dipindahkan ke tapak perkuburan Islam yang lain secara terhormat.

Keterangan/Hujah:

  • Persoalan hukum dalam melaksanakan pembangunan di atas Tanah Perkuburan Islam yang tidak digunakan juga berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Pahang dan Wilayah Persekutuan. 
  • Berdasarkan maslahah yang merupakan salah satu daripada prinsip Islam, pembangunan boleh dilaksanakan dengan syarat mayat dikorek terlebih dahulu dan dipindahkan ke tempat lain secara terhormat. 
  • Pihak pemerintah juga perlu memastikan supaya bentuk atau projek pembangunan yang hendak dilaksanakan tidak berunsur maksiat atau bertentangan dengan syariah.

Pautan Pantas