KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang bersidang pada 25 Oktober 2003 telah bersetuju supaya semua kubur yang ada di tanah perkuburan lama Lot 192, Seksyen 56, Jalan Hang Tuah, Mukim Kuala Lumpur dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam dengan mematuhi peraturan-peraturan pemindahan kubur di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan penggunaan tanah yang seminimum mungkin. Keputusan ini dibuat adalah berdasarkan beberapa sebab seperti berikut: 

  • Kemungkinan berlaku perbuatan khurafat
  • Keperluan tanah yang amat terhad.

Tanah perkuburan baru ini diberi nama ”Tanah Perkuburan Bab Al-Jannah’

Pautan Pantas