KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang bersidang pada 24 Julai 1986 telah bersetuju bahawa peraturan mengenai tanah perkuburan Bukit Kiara hendaklah dipatuhi dan jikalau ada pihak-pihak yang melanggar peraturan itu hendaklah dirobohkan. Mesyuarat juga memutuskan bahawa membuat binaan di atas kubur adalah haram. Mesyuarat turut mengambil ingatan bahawa hendaklah dibuat papan tanda amaran dan tidak boleh membuat sebarang binaan tanah perkuburan tersebut.

Pautan Pantas