Islam mengajar umatnya agar sentiasa memelihara adab dan peraturan termasuk semasa berada di kawasan Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan (TPIWP) sebagai tanda penghormatan terhadap tempat persemadian jenazah orang Islam.

 

Ketika berada di Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan (TPIWP) umat Islam sama ada petugas, waris atau orang yang berziarah hendaklah sentiasa mematuhi garis panduan berikut:

  1. Hendaklah berpakaian menutup aurat.
  2. Digalakkan berada dalam keadaan berwuduk.
  3. Disunatkan memberi salam secara umum kepada sekalian ahli kubur ketika masuk ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan (TPIWP) dan mendoakan semoga rahmat dan kesejahteraan ke atas mereka.
  4. Disunatkan memberi salam secara khusus kepada ahli kubur yang diziarahi dalam keadaan berdiri rapat di tepi kuburnya dan menghadap ke arah muka jenazah serta membelakangkan kiblat.
  5. Disunatkan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati.
  6. Disunatkan berdoa kepada si mati menghadap ke arah kiblat.
  7. Digalakkan menyebut kebaikan si mati dan bukan keburukannya.
  8. Wanita dibolehkan menziarahi kubur, jika tidak mendatangkan fitnah.
  9. Pelawat bukan Islam dibenarkan menziarahi Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan (TPIWP) tetapi hendaklah menjaga tatasusila dan berpakaian sopan.

Pautan Pantas