Gotong Royong Bersama Pelajar Kolej UIA 2010
Berikut adalah foto-foto yang telah diambil sebelum, semasa dan selepas gotong royong. Klik pada gambar untuk melihat foto yang lebih besar.
LAPORAN GOTONG ROYONG
PEMBERSIHAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KL-KARAK
FASA 7A DAN 7C TAMAN BATU MUDA
FASA 7A DAN 7C TAMAN BATU MUDA
1. TARIKH PROGRAM : 7HB OGOS 2010 ( SABTU )
2. MASA : 7.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
3. TEMPAT : FASA 7A DAN 7C TANAH PERKUBURAN ISLAM KL-KARAK
4. PESERTA :
300 ORANG TERDIRI DARI : PELAJAR KOLEJ UNV. ISLAM ANTARABANGSA, TAMAN SERI MUDA GOMBAK / DBKL / PENDUDUK SETEMPAT.
300 ORANG TERDIRI DARI : PELAJAR KOLEJ UNV. ISLAM ANTARABANGSA, TAMAN SERI MUDA GOMBAK / DBKL / PENDUDUK SETEMPAT.
5. KERJA-KERJA AWAL :
Kerja-kerja awal telah dilakukan oleh Bahagian Jentera Berat Dan Pembersihan Kawasan DBKL dan pekerja sambilan 4 hari sebelum Tarikh Program sebagaimana berikut :
Kerja-kerja awal telah dilakukan oleh Bahagian Jentera Berat Dan Pembersihan Kawasan DBKL dan pekerja sambilan 4 hari sebelum Tarikh Program sebagaimana berikut :
i. Menebang pokok dan memotong tunggul-tunggul kayu
ii. Meratakan timbungan tanah di Fasa 7 C
iii. Membuang bongkahan batu-batu sisa-sisa binaan.
6. AKTIVITI SEMASA GOTONG ROYONG :
i. Majlis bacaan Tahlil
ii. Membersihkan kawasan 7C.
iii. Membuang bungkah-bungkah batu dari fasa 7A.
iv. Mencambut rumput dan membersihkan pusara.
v. Penyampaian cenderahati kepada agensi yang terlibat.
7. KERJA-KERJA SELEPAS GOTONG ROYONG :
i. Meneruskan kerja-kerja membersihkan kawasan 7C.
ii. Mengorek longkang sementara bagi mengelakkan takungan air.
iii. Meratakan tanah mengikut kadar ketinggian sedia ada.
iv. Menambak kawasan-kawasan yang berpaya.
8. SYOR :
i. Kerja-kerja gotong royong pengindahan Tanah Perkuburan Islam ini wajar diteruskan dalam membina hubungan yang baik dengan masyarakat dan agensi setempat dan merasa tanggungjawab bersama dalam memelihara keindahan Tanah perkuburan Islam.
ii. Perlunya ada signs / papan tanda mengikut kesesuaian tempat di Tanah Perkuburan tersebut.
iii. Pembaikan jalan raya yang runtuh dan tebing sungai yang terhakis perlulah disegerakan oleh Bahagian pembangunan MAWIP melalui peruntukan Raudhatul Sakinah kerana ianya mencacatkan pandangan Kubur Dalam Taman yang kita sama-sama harapkan.
Disediakan oleh :
Cawangan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan









