LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG KE RAUDHATUL SAKINAH KL-KARAK
25 April 2017 (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima Lawatan dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ke Raudhatul Sakinah KL-KARAK bertempat di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah KL-KARAK, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.
Lawatan ini dihadiri oleh YBhg.Dato' Haji Mohamad Noor bin Abdul Rani (Pengarah JAIP),YBhg.Dato' Mohd Ghazali bin Abdul Aziz (Timbalan Pengarah JAIP),Encik Nik Azrul (KPP Khidmat Pengurusan JAIP),Dato' Badlishah Alaudin (KPP Pengurusan Masjid JAIP),Ustaz Fadhli Mohd Saman (Imam Besar Masjid Negeri Pahang),wakil JKR Pahang,Pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Masjid JAIP dan wakil dari Pejabat Agama Islam Kuantan.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mendapatkan cara pengurusan kubur sistematik yang diamalkan oleh JAWI kerana JAIP berhasrat untuk mewujudkan konsep kubur sistematik dan tersusun di negeri Pahang.
Majlis dimulai dengan ucapan aluan dari YBhg.Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim,Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan taklimat Pengurusan Kubur Raudhatul Sakinah KL-Karak dikendali oleh En.Mohammad Zaki bin Hassan,Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAWI.
Seterusnya,majlis diteruskan dengan sesi soal jawab diantara pihak JAIP dan JAWI.Majlis berakhir sekitar jam 4.00 petang.