• Laman Utama
  • Pengenalan
  • Mengenai Kami
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Penghargaan
Laman Utama > Buletin E-Pusara

PENGEBUMIAN USTAZ SYED MOHD FADZLI SYED AHMAD AL-YAMANI

 

02 Oktober 2016 (Ahad)- Penceramah mingguan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan pakar rujuk bidang fekah, Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah KL-Karak.

Jenazah Allayarham yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari China, awal pagi Ahad disembahyangkan di Masjid Jamek Kg.Baru kira-kira jam 10 pagi.

Lebih 500 orang termasuk anggota keluarga, saudara mara dan menghadiri majlis pengebumian berkenaan.

Allahyarham Ustaz Syed Mohd Fadzli meninggal dunia di Guangzhou, China pada 27 September lalu dipercayai akibat serangan jantung ketika mengadakan lawatan di negara itu bersama 27 jemaah rombongan lain untuk berjumpa dengan tokoh ilmuan Islam.

Arwah juga antara pakar rujuk serta penggerak utama dalam penubuhan Gabungan Persatuan Instituti Pelajar Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA).

Antara yang hadir ketika pengebumian Allahyarham adalah beberapa ilmuan negara dan juga luar negara seperti Ustaz Muhadir Haji Joll (Malaysia),Sheikh Mahmoud al-Wasobi (Yaman),Ustaz Ahmad al-Yamani (Yaman),dan beberapa Tuan Guru dari Pattani Thailand.Pusara Allahyarham juga turut diziarahi oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutan,Datuk Dr.Zulkfli Mohamad al-Bakri.

Jenazah Allahyarham Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani disemadikan di LOT P7A5(4)-2843

 

 

    

Berita lain

    • 7/9/2020

      Bengkel pengemaskinian Data SIstem E-Pusara 2020

      07-09 September 2020 (Isnin- Rabu) - Bahagian Pengurusan Masjid,JAWI dengan kerjasama Unit ICT,JAWI telah mengadakan Ben...

      baca selanjutnya
    • 25/4/2017

      LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG KE RAUDHATUL SAKINAH KL-KARAK

      25 April 2017 (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima Lawatan dari Jabatan Agama Islam ...

      baca selanjutnya
    • 19/4/2017

      BENGKEL E-PUSARA

      18-19 April 2017 (Selasa-Rabu) - Bahagian Pengurusan Masjid,JAWI dengan kerjasama Unit ICT,JAWI telah menganjurkan Bengk...

      baca selanjutnya
lihat arkib buletin

Pautan Luar

  • JAWI
  • MAIWP
  • JAKIM
  • MAMPU
  • Kerajaan Malaysia
  • Laman Utama
  • Pengenalan
  • Mengenai Kami
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Penghargaan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan © 2011 Privacy policy