• Laman Utama
  • Pengenalan
  • Mengenai Kami
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Penghargaan
Laman Utama > Buletin E-Pusara

Lawatan Kerja Waqaf An-Nur Corporation Berhad ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah

  

 

 

 

  

01 Jun 2016 (Rabu) ,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima lawatan kerja  daripada Waqaf An-Nur Corporation Berhad,Johor Darul Takzim ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, KL-KARAK.

 

Seramai 4 orang pegawai dari Waqaf An-Nur Corporation Berhad telah hadir ke tanah perkuburan ini bagi mempelajari dan berkongsi pandangan mengenai cara pengurusan tanah perkuburan di Raudhatul Sakinah untuk diaplikasikan di Negeri Johor. Waqaf An-Nur Corporation Berhad merupakan anak Syarikat Johor Corporation.Lawatan ini juga bertujuan untuk melihat sistem berasaskan web iaitu e-pusara yang dilaksanakan,kaedah pengebumian di Raudhatul Sakinah,penyelengaraan kubur Raudhatul Sakinah, beserta berkongsi pengalaman JAWI dalam menguruskan tanah perkuburan Islam.

 

Rombongan tersebut  telah disambut oleh Penyelia Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, 

En. Abdul Hamid bin Abdul Ghani bagi mewakili Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) Bahagian Pengurusan Masjid JAWI.

 

Majlis dimulakan dengan kata aluan dari pihak JAWI dan pembuka kata dari pihak Waqaf An-Nur,kemudian diselangi dengan tayangan video mengenai pengurusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah dan juga soal Sesi Jawab. Seterusnya rombongan dibawa ke tanah perkuburan untuk melihat panorama Raudhatul Sakinah serta ditunjukkan pengurusan kubur Raudhatul Sakinah.Majlis berakhir sekitar jam 11 pagi dengan sesi bergambar.

 

    

 

 

 

 

 

Disediakan oleh :

 

Bahagian Pengurusan Masjid

 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

 

Berita lain

    • 25/4/2017

      LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG KE RAUDHATUL SAKINAH KL-KARAK

      25 April 2017 (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima Lawatan dari Jabatan Agama Islam ...

      baca selanjutnya
    • 19/4/2017

      BENGKEL E-PUSARA

      18-19 April 2017 (Selasa-Rabu) - Bahagian Pengurusan Masjid,JAWI dengan kerjasama Unit ICT,JAWI telah menganjurkan Bengk...

      baca selanjutnya
    • 11/4/2017

      LAWATAN KERJA JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU KE RAUDHATUL SAKINAH KL-KARAK

      11 April 2017(Selasa)- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima lawatan kerja dari delegasi Jabatan...

      baca selanjutnya
lihat arkib buletin

Pautan Luar

  • JAWI
  • MAIWP
  • JAKIM
  • MAMPU
  • Kerajaan Malaysia
  • Laman Utama
  • Pengenalan
  • Mengenai Kami
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Penghargaan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan © 2011 Privacy policy