Kehidupan Si Penggali Kubur - Abang Yusuf
Keadaan fizikal beliau masih sihat dan kuat bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pembantu penyelia di tanah perkuburan KL-Karak.
Pengalaman dan pengetahuan beliau selama 17 tahun di dalam mengendalikan urusan pengurusan jenazah amat di perlukan bagi membimbing petugas berjawatan tetap untuk menguruskan tanah perkuburan tersebut.

Berdasarkan pengalaman Jabatan, petugas yang baru dilantik dan ditempatkan di tanah perkuburan tidak mampu untuk berhadapan dengan pelbagai situasi di dalam menguruskan jenazah. Ini mengakibatkan mereka tidak dapat bertahan lama di tempat tersebut. Keadaan ini memberi kesukaran kepada pihak jabatan untuk mendapatkan kakitangan untuk ditempatkan di tanah perkuburan bagi menguruskan jenazah.

Keadaan jenazah yang pelbagai dan berisiko ( HIV, jenazah reput, jenazah disimpan lama, jenazah yang baru di jumpa, jenazah tidak cukup sifat ) memerlukan kepakaran dan pengalaman yang ada pada beliau di dalam mengendali dan menguruskan jenazah tersebut.
Sepanjang 17 tahun tempoh perkhidmatan, beliau sekadar di bayar sebanyak RM447.00 sebulan dan belum pernah dilantik secara kontrak JPA.

Di dalam tempoh perkhidmatan, beliau telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan jenazah di tanah perkuburan tersebut.