Senarai Tugas Penggali Kubur
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PENYELIA / KETUA CAWANGAN PENYELARASAN DAN KEBAJIKAN BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH DALAM SEGALA URUSAN YANG BERKAITAN KEBAJIKAN ISLAM
SENARAI TUGAS
1. Melaksanakan sendiri kerja-kerja menggali kubur.
2. Melaksanakan kerja-kerja menjaga kebersihan Tandas, Surau, Tempat mandi jenazah, Stor barang dan persekitaran Rumah Pekerja yang di diami.
3. Melaksanakan kerja-kerja menjaga peralatan, barang-barang pengkebumian sentiasa di dalam keadaan kemas dan tersusun di tempat yang telah dikhaskan.
4. Memastikan keceriaan Tanah Perkuburan Islam sentiasa dalam keadaan baik.
5. Memastikan semua kelengkapan pengurusan jenazah sentiasa mencukupi.
6. Melaksanakan urusan pengkebumian jenazah sebagaimana yang diarahkan oleh Penyelia Tanah Perkuburan.
7. Memastikan semua dokumen pengkebumian adalah lengkap sebelum sesuatu urusan pengkebumian hendak dilaksanakan.
8. Menyimpan semua dokumen-dokumen pengkebumian di Pejabat Tanah Perkuburan.
9. Merujuk kepada Penyelia Tanah Perkuburan bagi setiap permasalahan yang berlaku di Tanah Perkuburan.
10. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.