Arahan Pentadbiran Tanah Perkuburan Islam KL-Karak
ARAHAN PENTADBIRAN
PERKUBURAN ISLAM KUALA LUMPUR - KARAK
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( JAWI )
1. Tanah Perkuburan ini HANYA DIPERUNTUKAN kepada penduduk yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan kawasan sekitarnya Sahaja. KECUALI dengan kebenaran Pengarah Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.
2. Sebelum membuat tempahan pengkebumian, pihak waris dikehendaki mendapatkan
perkara-perkara berikut:
i) Permit Menguburkan daripada pihak berkuasa; dan
ii) Pengesahan anak kariah daripada Imam atau Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid; atau
iii) Surat kebenaran dari Pengarah JAWI.
3. Semasa membuat tempahan, perlu diserahkan kepada petugas perkuburan :
i) Permit Menguburkan;
ii) Pengesahan Anak Kariah;
iii) Borang Tempahan Kubur; dan
iv) Bayaran pengkebumian
( Resit bayaran akan dikeluarkan setelah bayaran dibuat )
4. Rekabentuk, saiz, warna dan bahan bagi set nisan dan kepungan kuburan hendaklah mengikut spesifikasi JAWI.
5. Waktu ziarah 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus ke alamat :
Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Tel No : 03-22749333
Laman Web JAWI: www.jawi.gov.my
Arahan:
Pengarah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50676 KUALA LUMPUR.
No. Tel : 03-2274 9333
No. Fax: 03-2273 1575